|
Dicatat oleh
neopujangga
di
1:17 PG
|
Label:
Bola sepak Malaysia
Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh fifa ( 5 Ogos 09 ) menunjukkan ranking ke 152 pasukan bola sepak jatuh kepada MALAYSIA!..tepuk tepuk..152 dari 203 negara..hebat tak hebat la..rank bawah Malaysia iaitu153-203 merupakan negara-negara yang gua sendiri percaya bukan menjadikan bola sepak mereka sebagai sukan no 1 mereka . Kene hentam lagi bola sepak Malaysia.Nanti ada orang komen balik..
"lu x main bola lu kecoh-kecoh nak pertikaikan bola sepak Malaysia buat pe..cube try main la..lu keco tgk EPL , Spanish League agung2kan org lain buat pe..sokong la Malaysia sket"
Gua diam je kalau kena sound camtu..gua tak hentam..gua nak tunjukkan sebuah negara yang rata-rata anak muda menjadikan senaman mereka bermain bola , futsal sekalipun main bola gak kan , dan sanggup tengok game bola kat tv berjam bersorak sakan , tapi senario bola sepak tanah air sendiri tidak menunjukan Malaysia sendiri merupakan sukan no 1 adalah bola . Gua setup blog ni pasal gua nak kongsi bersama senario bola sepak tanah air berserta luar negara . Gua cuba selang selikan info bola Malaysia , review atau preview , prediction , berita2 terkini tentang bola sepak Malaysia dan juga luar negara . Yang buruk confim wa hentam , yang lawa confim gua puji . Tak kisah la datangnya info pasal bola Malaysia ataupun luar negara. Gua harap-harap la info-info yang boleh gua berkongsi bersama nanti , lebih-lebih lagi info tentang bolasepak Malaysia , contohnya Safie Salie diintai Ac Milan..contoh la..kan sedap skit wa nak goreng tulis dalam blog..hehe..
ok..sedikit info untuk dikongsi bersama
Kedudukan pasukan bola Malaysia
Highest FIFA ranking
75 - August 1993.
Lowest FIFA Ranking
170 - April 2008.
Rank negara jiran kita..
134 Indonesia
127 Singapore
117 Thailand
Ok..setakat ini saja permulaan gua untuk post pertama..banyak lagi nak cerita..tapi tunggu post-post akan datang..
Majulah "Nah Kad Merah" untuk industri blog bola tanahair..
|
Dicatat oleh
neopujangga
di
10:02 PTG
|
Label:
Jaguh bola
Dengan ketidaan kaka , Ronaldinho mengambil alih tugas perancang Ac Milan . Ayuh kembalikan sentuhan anda. Sedang rata-rata peminat meninjau kemampuan pemain2 bergaji besar galaticos , bagi aku Ronaldinho bakal menyerlah untuk season ini di Itali.
Prediction aku..Ronaldinho bakal menyerlah dan nama2 besar yang join Real Madrid bakal bergelut dalam keserasian.
Meskipun Real Madrid mempunyai barisan yang atas kertas sepatutnya mampu menang Champions League dan Liga Sepanyol namun begitu Barcelona masih mampu menyaingi mereka.
Agak janggal kali ini , nama2 besar bola sepak tidak berminat berhijrah ke liga perdana english . Namun nama2 kelab seperti Chelsea , Liverpool , M.u dan Arsenal masih mampu bersaing dalam Champions League.Prediction maybe 2 team perdana english mampu mara ke peringkat suku akhir dan terpaksa bergelut dengan pasukan2 kuat seperti Real Madrid , Barcelona , Ac Milan dan Inter Milan.
Nah kad merah!..merupakan sebuah blog bola sepak yang dari perspektif aku sendiri.Aku ingin berkongsi pendapat dan pandangan tentang sukan yang aku rasa hampir seluruh dunia tahu apa itu bola sepak. bola sepak itu bukan karate..huhu
Hak cipta terkawal NahKadMerah . 2009 . Neopujangga
Transfer-transfer terkini
Joleon Lescott Berjaye gak Manchester City dapatkan player nie dari Everton.Namun aku rase still defend tak mengerunkan berbanding kalo dorang berjaya dapatkan John Terry .